Saturday, October 23, 2021

Ketua Pengarah JBPM lawat Sarawak

Mesti baca

KUCHING: Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) Dato’ Sri Mohammad Hamdan Wahid telah mengadakan lawatan kerja ke Sarawak.

Dalam lawatan itu, beliau telah menyampaikan taklimat Khas Dasar Kebombaan dan Penyelamatan Negara yang telah diluluskan oleh Kabinet pada tahun lepas di Ibu Pejabat JBPM Negeri Sarawak pada Isnin.

Taklimat tersebut turut diikuti oleh semua pegawai dan anggota JPBM di  seluruh Sarawak secara maya.

Selepas itu, Dato’ Sri Mohammad Hamdan telah mengadakan lawatan tapak ke kawasan pembinaan Balai Bomba dan Penyelamat Asajaya.

Pada masa yang sama, beliau turut menyantuni anggota Balai Bomba dan Penyelamat Asajaya (Balai Sementara).

Hadir sama ialah Pengarah JBPM Negeri Sarawak Khirudin Drahman, Timbalan Pengarah Zainal Madasin dan Komandan ABPM Wilayah Sarawak Kurung Suwen.

SourceUKAS

Secara Rawak

Artikel Terbaru