DOMINICIA: Seorang ahli mafia yang hidup dalam pelarian sejak 2014 berjaya ditangkap polis di rantau Caribbean selepas muncul dalam video masakan di YouTube.

Menurut laporan media luar negara, Marc Feren Claude Biart ditangkap setelah muncul di video memasak YouTube.

Biarpun di video itu dia menyembunyikan wajahnya, tetapi secara tidak sengaja telah menunjukkan tatu khasnya.

Dia dan isterinya dilapor menyiarkan beberapa video Biart memasak hidangan Itali di platform YouTube.

Marc Feren Claude Biart, 53, telah lama hidup dalam persembunyian di Boca Chica,di Republik Dominic dan penduduk expatriot yang tinggal di kawasan itu menganggapnya sebagai “orang asing” menurut laporan polis Itali.

Biart melarikan diri sejak 2014, ketika pendakwa raya Itali memerintahkan penangkapannya kerana terlibat dalam sindiket penjualan kokain di Belanda atas nama klan Cacciola dari mafia Ndrangheta.

Menurut Ary News, Marc Feren Claude Biart berjaya ditangkap pada 24 Mac di bandar Boca Chica, tempat persembunyiannya selama lebih dari lima tahun sejak dia melarikan diri dari Costa Rica, menurut kenyataan polis.

Namun, usahanya menyembunyikan diri hanya bertahan setengah dekad.

Penangkapannya adalah sebahagian daripada projek Interpol Cooperation Against ‘Ndrangheta (I-CAN), yang melibatkan 10 negara di seluruh dunia.

Projek ini dibiayai oleh Itali dan diketuai oleh Interpol.