Thursday, December 9, 2021

Abang Johari sambut Muhyiddin di Kuching

Secara Rawak

KUCHING: Perdana Menteri, Datuk Patinggi Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching bagi mengadakan lawatan kerja rasmi selama dua hari di Sarawak.

Ketibaan beliau dan isteri disambut oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg serta barisan pentadbiran negeri yang lain.

Lawatan rasmi Perdana Menteri dimulakan dengan mendengar sesi taklimat pembangunan Sarawak dan disusuli majlis perhimpunan khas bersama-sama penjawat awam Persekutuan dan Negeri.

Pada sebelah petang, beliau meninjau pemberian vaksin Covid-19 di Stadium Perpaduan di Petra Jaya.

Kemudian, Perdana Menteri hadir sesi balai rakyat untuk berkongsi “wawasan kemakmuran bersama 2030” sebelum mengadakan kunjungan hormat terhadap Yang Di-Pertua Negeri Tun Abdul Taib Mahmud di Astana Negeri.

Pada sebelah malam pula, Perdana Menteri dijadualkan mengadakan pertemuan dengan Ketua Menteri sebelum diraikan dalam satu majlis jamuan malam di DUN.

Esok, Perdana Menteri dijangka akan melawat Samarahan dalam rangka kerja rasmi sebelum berangkat pulang ke Putrajaya.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru