Jumlah keseluruhan penularan jangkitan Covid-19 di seluruh dunia kini mencecah angka lebih 129.45  juta.

Jumlah kematian keseluruhan sudah mencecah  2.82  juta manakala lebih 104.40  juta telah sembuh.

Data  Worldometers setakat pagi Khamis menunjukkan angka kes positif kini meningkat kepada 129,453,854.

Amerika Syarikat kekal negara paling terjejas dengan lebih 31.16  juta   ke termasuk 68,756 kes terbaharu.

Jumlah kematian di negara itu ialah 565,256   termasuk 1,115 kematian terbaharu  sekali gus meletakkannya tertinggi dari segi kes jangkitan dan kematian.

Angka itu diikuti Brazil sebanyak   12, 753,258 kes termasuk  89,200 kes terbaharu dengan  321,886  kematian termasuk 3,950 kes terbaharu, manakala India lebih 12.22  juta kes dengan  162,960  kematian.

Rusia, United Kingdom dan Perancis  pula masing-masing mencatatkan kes melebihi empat juta manakala Itali dan Sepanyol  melebihi tiga juta.

Rusia berada di tangga keempat dunia dengan lebih 4.54 juta kes, UK  lebih 4.34  juta kes dan Perancis lebih 4.64  juta kes.

Angka kematian di Rusia ialah 98,850, UK 126, 713 dan Perancis 95,640  kes.