KUALA LUMPUR: Kerugian bersih AirAsia Group Bhd bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2020 meningkat kepada RM5.09 bilion daripada RM315.81 juta pada tahun sebelumnya.

Perolehan berkurangan kepada RM3.14 bilion daripada RM11.86 bilion sebelum ini, katanya dalam makluman kepada Bursa Malaysia.

Bagi suku keempat berakhir 31 Dis 2020, kerugian bersih kumpulan ini menokok kepada RM2.44 bilion daripada RM384.44 juta, manakala perolehan menyusut 92 peratus kepada RM267.44 juta daripada RM3.23 bilion sebelum ini.

Menurut kumpulan itu, impak pandemik Covid-19 terus memberi kesan buruk kepada operasinya.

“Walaupun sempadan antarabangsa masih ditutup, kumpulan ini akan memberi fokus untuk menyambung semula operasi domestik yang terhad di kawasan kami beroperasi.