Tuesday, May 11, 2021

Vaksin perlu diberi kepada pengamal media

Mesti baca

KUCHING: Pemberian vaksin kepada pengamal media sangat penting terutama bagi mereka yang menjalankan tugas di lapangan, kata Ahli Parlimen Bandar Kuching Dr Kelvin Yii.

Mengambil kira peningkatan kes di Sarawak, beliau berkata, adalah wajar bagi golongan wartawan diberi vaksin secepat mungkin walaupun mereka tidak diletakkan dalam Fasa 1 Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan.

Katanya, mereka juga berisiko menyebarkan wabak tersebut kerana golongan ini aktif dalam komuniti.

“Mereka harus mengutamakan wartawan kerana golongan ini memainkan peranan penting yang tidak dapat dilaksanakan tanpa membabitkan diri secara fizikal dalam masyarakat, “ katanya melalui satu kenyataan media.

Ujar beliau, Kerajaan Negeri   harus mempertimbangkan untuk mengurangkan acara awam dan sidang media fizikal sehingga semua yang terlibat dilindungi dengan sempurna dan jumlah kes di negeri ini dikendalikan dengan betul.

Kata Dr Yii berdasarkan sifat pekerjaan pengamal media, golongan ini memenuhi dua kriteria utama iaitu berkemungkinan menyebarkan virus tersebut atau berkemungkinan besar mendapat penyakit tersebut.

Secara Rawak

Artikel Terbaru