Tuesday, May 11, 2021

Puad: Bersatu patut malu bercakap tentang penyatuan ummah

Mesti baca

KUALA LUMPUR: Bersatu patut berasa malu untuk bercakap soal penyatuan ummah kerana dalam tempoh singkat, parti itu sudah melahirkan dua parti serpihan: Pejuang dan Muda, kata Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Datuk  Mohd Puad Zarkashi.

“Apakah penyatuan ummah hanya terlaksana jika PPBM jadi bos penyatuan ummah dalam PN? PPBM sudah diberi peluang. Dengan tujuh (Ahli Parlimen), PPBM adalah bos dalam PN,” katanya.

“Tetapi apabila PPBM (Bersatu) mewujudkan ‘kluster katak’ untuk membanyakkan jumlah Ahli Parlimennya melalui tawar menawar, pujukan, ugutan dan jawatan, adakah itu baik untuk penyatuan ummah?” soal Puad melalui satu entri di Facebooknya sambil  menuduh Bersatu “hipokrit” tentang isu penyatuan ummah.

Tegas beliau, taktik mengajak Ahli Parlimen  melompat  parti sehingga parti lain berpecah ialah tindakan yang tidak jujur untuk penyatuan ummah.

Bersatu yang hanya memenangi 13 kerusi parlimen dalam PRU-14 mengukuhkan kedudukannya susulan ada Ahli Parlimen Umno0 dan PKR menyertai parti itu.

“Bukankah di PRU14 (pilihan raya ke-14), PPBM menubuhkan PH (Pakatan Harapan) bersama DAP dan PKR untuk tumbangkan Umno? Masa itu tidak fikir ke siapa untung, siapa rugi?,’ katanya.

Ahad lalu, Wan Saiful mengingatkan perpecahan undi Melayu hanya menguntungkan DAP dan PKR.

Secara Rawak

Artikel Terbaru