Tuesday, May 11, 2021

Projek RTP berjalan lancar, JKKK perlu jadi pemantau 

Mesti baca

MARUDI: Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) bagi meratakan tanah Rumah Sigan Sungai Muam Marudi sedang dilaksanakan susulan daripada runtuhan tanah yang telah berlaku di bahagian dapur baru-baru ini. 

Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Dato Gerawat Gala sebelum ini telah mengarahkan Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk bertindak mengalih tanah tersebut. 

“Kerja-kerja mengalihkan tanah yang runtuh dan meratakan runtuhan tanah sedang dilaksanakan. 

“Untuk memastikan kerja-kerja ini berjalan lancar, Tuai Rumah Sigan dan penduduknya dapat memantau perjalanan projek ini,” katanya semasa mengadakan lawatan ke Rumah Singan Sungai Muam, Marudi pada Sabtu. 

Tambah Datu Gerawat yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mulu, beliau berharap Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) memainkan peranan penting bagi memastikan kampung tersebut maju dan selamat. 

“JKKK perlu bekerjasama dengan anak-anak buah kampung supaya mereka dapat mengenal pasti dan merancang pembangunan yang ingin diadakan di rumah panjang mereka demi untuk kesejahteraan bersama,” tambahnya. 

Pada majlis itu, beliau telah mengumumkan bantuan Geran Projek Kecil Luar Bandar (MRP) sebanyak RM40,000 untuk membeli batu bagi menimbus belakang rumah panjang, RM10,000 untuk JKKK Rumah Sigan dan RM6,000 untuk SIDS Rumah Sigan.

Hadir sama Pengerusi Majlis Daerah Marudi Kaunselor Edward Mendai, Ketua Masyarakat Iban Kawasan Marudi Pemanca Randie Bundan, Ketua Masyarakat Iban, Kawasan Puyut Lubok Nibung Penghulu Hillary Tawan Acai dan Tuai-tuai Rumah.

SourceUKAS

Secara Rawak

Artikel Terbaru