Tuesday, May 11, 2021

Pesanan Abdul Hadi kepada Ahli Pas selepas perhimpunan Agung Umno

Mesti baca

KUALA LUMPUR:  Presiden Pas, Datuk’ Seri Abdul Hadi Awang menyampaikan pesanan kepada ahli-ahli Pas supaya bersabar berikutan kemelut terkini politik.

Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam ucapan dasarnya dalam Perhimpunan Agung Umno 2020 yang melabuhkan tirainya pada Ahad menyatakan akan memutuskan hubungan kerjasama dengan bersatu pada bila-bila masa yang sesuai.

Ini sekali gus meletakkan kedudukan kerajaan PN yang turut dianggotai bersatu dalam keadaan tidak menentu. PN turut dianggotai Umno dan Pas.

Menurut  Abdul Hadi masalah utama yang dihadapi sekarang ialah perpecahan umat Islam.

Sehubungan itu,  katanya, Pas mengambil tanggungjawab sebagai sebuah parti Islam yang berusaha menyatukan umat Islam tanah air dengan membawa agenda penyatuan ummah.

“Ummah yang dimaksudkan ialah umat Islam dan juga kalangan bukan Islam yang tidak ekstrem. Inilah agenda perpaduan kita, “ katanya melalui satu hantaran di Facebooknya..

“Maka jangan kita berkasar terhadap rakan kita. Sebaliknya kita mesti menjalinkan hubungan bersaudara dan berukhuwah sesama kita,” ujar

Ahli Parlimen Marang itu mengingatkan supaya ahli-ahli partinya tidak menjadi penyebab berlakunya perpecahan itu.

“Jangan pula kita menjadi sebab berlakunya perpecahan. Bersabar dan jadilah pendamai,” katanya.

Secara Rawak

Artikel Terbaru