Tuesday, May 11, 2021

KMKK perlu fahami dasar kerajaan – ADUN Meluan

Mesti baca

JULAU: Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) perlu memahami dasar-dasar kerajaan negeri sebelum menyampaikannya kepada masyarakat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meluan, Rolland Duat Jubin berkata, peranan mereka penting terutamanya menjayakan polisi pembangunan kerajaan.

“Ketua kaum dan ketua masyarakat merupakan jambatan di antara kerajaan dengan masyarakat” katanya.

Beliau berkata demikian semasa menyempurnakan Majlis Penyerahan Sijil KMKK Daerah Julau, pada Isnin.

Pada majlis tersebut, seramai 49 orang Tuai Rumah baharu telah menerima sijil lantikan.

Manakala seorang penghulu, dua orang kapitan dan 52 orang tuai rumah turut menerima sijil lanjutan perkhidmatan.

Beliau menambah, ketepatan maklumat yang disalurkan melalui KMKK secara tidak langsung mengurangkan salah faham dan meningkatkan persefahaman antara Kerajaan Sarawak dan rakyat.

Jelas Rolland lagi, kerjasama erat antara KMKK dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) selain penglibatan dengan agensi kerajaan negeri penting dalam memastikan kampung mereka menerima pembangunan secara konsisten.

Turut hadir adalah wakil Pegawai Daerah Julau, Louis Yeo Soon Guan dan ketua-ketua jabatan serta agensi kerajaan.

SourceUKAS

Secara Rawak

Artikel Terbaru