KUALA LUMPUR: “Lakukan perkara yang betul, Majlis Tertinggi. Anda tahun kita tidak boleh teruskan seperti ini,” kata Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abdu Baka kepada kepemimpinan Umno.

Untuk itu, katanya, Umno perlu menyegerakan pemilihan parti kerana  itu saja cara untuk selesaikan kemelut dalaman Umno.

Beliau berkata demikian di Instagram Story  yang  kemudian dimuat naik ke akaun Twitter beliau pada Selasa.

“Hanya satu cara untuk menyelesaikan kemelut dalaman UMNO. Segerakan pemilihan parti. Jangan tangguhkan sehingga selepas pilihan raya umum,” katanya.

Justeru, kata Khary lagi, pemilihan tidak seharusnya ditangguhkan selepas pilihan raya sebaliknya harus dilakukan pada tahun ini juga.

“Sepatutnya pemilihan diadakan tahun ini. UMNO mesti menghadapi PRU dengan kepimpinan yang mempunyai mandat yang jelas dan yang boleh mendapat sokongan rakyat,” ujar beliau.

“Segerakan pemilihan parti. Lakukan perkara yang betul, Majlis Tertinggi. Anda tahun kita tidak boleh teruskan seperti ini,” katanya.

Umno baru mengadakan Perhimpunan Agung 2020 Sabtu dan Ahad lal.  Perhimpunan berkenaan memutuskan secara muktamad untuk tidak bekerjasama dengan Bersatu dalam PRU-15 nanti, dan akan memutuskan hubungan dengan parti pimpinan Tan Sri Mahyuddin Yassin yang juga Perdana Menteri pada bil-bila masa yang ia fikirkan sesuai.