Tuesday, May 11, 2021

JKM Bintulu agih bantuan makanan kepada 107 KIR semasa PKPD

Mesti baca

BINTULU: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Bahagian Bintulu telah mengagihkan bantuan makanan kepada penduduk yang terjejas di Rumah Ambong, Baru 20 Jalan Bintulu- Miri, Rumah Henry Blaja, Jalan Sebauh-Pandan dan Blok Q, Kuarters Institut Pendidikan Kidurong yang dikenakan Perintah Kawalan Penuh Pergerakan (PKPD) pada Ahad. 

Seramai 107 Ketua Isi Rumah (KIR) menerima bantuan makanan untuk tempoh dua minggu atau sehingga tamat Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di rumah panjang tersebut. 

Pengagihan bantuan makanan itu telah mendapat kerjasama daripada kakitangan Pusat Khidmat Masyarakat DUN Samalaju. 

Penduduk rumah panjang di kawasan tersebut telah diarahkan menjalani kuarantin di rumah bermula 27 Mac hingga 9 April ekoran adanya kontak rapat dengan pesakit COVID-19 sebelum ini.

SourceUKAS

Secara Rawak

Artikel Terbaru