Tuesday, May 11, 2021

128.22 juta kes jangkitan, 2.80 juta mati

Mesti baca

Jumlah keseluruhan penularan jangkitan Covid-19 di seluruh dunia kini mencecah angka lebih 128.22 juta.

Jumlah kematian keseluruhan sudah mencecah  2.80 juta manakala lebih 103.43 juta telah sembuh.

Data  Worldometers setakat pagi Selasa menunjukkan angka kes positif kini meningkat kepada 128,227,059.

Amerika Syarikat kekal negara paling terjejas dengan lebih 31.03  juta  termasuk 57,485 kes terbaharu.

Jumlah kematian di negara itu ialah 563,199  termasuk 632 kematian terbaharu  sekali gus meletakkannya tertinggi dari segi kes jangkitan dan kematian.

Angka itu diikuti Brazil sebanyak   12, 577,354 kes termasuk  42, 666 kes terbaharu dengan  314,268 kematian termasuk 1,969  kes terbaharu, manakala India lebih 12  juta kes dengan  162,147 kematian.

Rusia, United Kingdom dan Perancis  pula masing-masing mencatatkan kes melebihi empat juta manakala Itali dan Sepanyol  melebihi tiga juta.

Rusia berada di tangga keempat dunia dengan lebih 4.52 juta kes, UK  lebih 4.33  juta kes dan Perancis lebih 4.55  juta kes.

Angka kematian di Rusia ialah 98,000, UK 126,615, dan Perancis 94,956 kes.

Secara Rawak

Artikel Terbaru