Thursday, December 9, 2021

Pantai Belawai bakal berubah wajah

Secara Rawak

BELAWAI: Pantai Belawai bakal berubah wajah apabila projek menaik taraf pantai tersebut yang bernilai RM2.1 juta siap kelak.

Menteri Muda Perancangan Bandar Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Sarawak, Datu Len Talif Salleh berkata, projek itu akan menyediakan kemudahan yang lebih selesa dan menjadi tarikan pelancong ke Pantai Belawai.

Bercakap semasa meninjau perkembangan projek pada Isnin, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Rajang itu berharap projek dapat disiapkan mengikut jadual walaupun ketika ini berhadapan dengan pandemik COVID-19.

Datu Len turut bepeluang berkunjung dan beramah mesra dengan para peniaga di Pasar Ria Belawai.

SourceUKAS

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru