Jumlah keseluruhan penularan jangkitan Covid-19 di seluruh dunia kini mencecah angka lebih 127.74 juta.

Jumlah kematian keseluruhan sudah mencecah  2.79 juta manakala lebih 102.93 juta telah sembuh.

Data  Worldometers setakat pagi Isnin menunjukkan angka kes positif kini meningkat kepada 127,748,001

Amerika Syarikat kekal negara paling terjejas dengan lebih 30.95 juta   ke termasuk 40,344 kes terbaharu.

Jumlah kematian di negara itu ialah 562, 488  termasuk 472 kematian terbaharu  sekali gus meletakkannya tertinggi dari segi kes jangkitan dan kematian.

Angka itu diikuti Brazil sebanyak   12, 534, 688 kes termasuk lebih 44, 000 kes terbaharu dengan  312,299 kematian termasuk 1,605  kes terbaharu, manakala India lebih 12  juta kes dengan  161,881 kematian.

Rusia, United Kingdom dan Perancis  pula masing-masing mencatatkan kes melebihi empat juta manakala Itali dan Sepanyol  melebihi tiga juta.

Rusia berada di tangga keempat dunia dengan lebih 4.51 juta kes, UK  lebih 4.33  juta kes dan Perancis lebih 4.54  juta kes.