Tuesday, August 16, 2022

Pakatan Harapan lawan sebenar Muafakat Nasional

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Jika ditanya Ahl iJawatankuasa Perunding Mn, Dr Mohd Zuhdi Marsuki, ke manakah hala tuju MN selepas PH tumbang, ini jawapannya.

“Kesimpulannya, sekiranya ditanya ke manakah hala tuju MN selepas Kerajaan PH tumbang yang membawa kemudiannya kemunculan PN dan GRS, maka gambaran yang paling ringkas dan jelas yang saya boleh usulkan, MN adalah lawan sebenar PH. MN lah yang boleh mengikat PN, BN dan diharapkan selepas ini disertai pula oleh GPS. Sudah pasti wajah baru MN ini atau MN 2.0 ini amat digeruni PH,”  kata beliau.

Katanya, MN perlu menjadi pengikat kepada PN, BN dan sebolehnya sekali dengan GPS.

“Peranan sebagai pengikat inilah yang perlu dimainkan oleh kedua-dua pelopor MN iaitu Umno yang mewakili BN dan PAS yang boleh dilihat mewakili PN. Sekiranya boleh diusahakan ada wakil pula dari GPS, ia adalah yang paling baik untuk melengkapkan tujuan MN ke arah integrasi nasional,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut beliau, semangat dalam MN tiada abang besar dan tiada adik kecil, yang ada hanyalah rakan kongsi (PN, BN dan mungkin GPS) yang berhasrat untuk mempertahankan tonggak Perlembagaan Persekutuan dan jati diri asal Malaysia.

“Bagi tujuan tersebut, tiada keperluan untuk ketika ini MN didaftarkan yang menrencamkan lagi situasi politik Malaysia. Cukup MN menjadi majlis perundingan wakil ketiga-tiga gabungan,” ujarnya.

“Melihat kepada kerencaman politik Malaysia dengan kepelbagaian gabungan parti-parti politik seperti ini, iaitu PN, BN, GPS, PH, GRS dan Gagasan, persoalan yang timbul ialah, di mana MN? Sebenarnya, MN adalah lawan sebenar kepada PH. Dengan erti kata yang lain, sekiranya berlaku pertembungan dua pihak terbesar dalam PRU ke-15, ia adalah MN dan PH,” jelasnya.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru