Thursday, May 19, 2022

Ahli Umno  bertambah, kini lebih 3.35 juta

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Jumlah ahli Umno terkini ialah seramai 3,359,368 orang sementara bilangan cawangan UMNO berjumlah 21,883 cawangan di 191 Bahagian.

Menurut Setiausaha agungnya Datuk Seri Maslan Ahmad, ini menjadikan Umno masih kekal sebagai parti politik yang terbesar dengan bilangan ahli paling ramai di Malaysia.

“Saya ingin melaporkan bahawa walau dalam keadaan sukar begini, keahlian baru UMNO telah bertambah seramai 127,214 orang sejak 9 Mei 2018 hingga 26 Mac 2021,” katanya.

Beliau menyatakan demikian dalam ucapan di Perhimpunan Agung Umno di PWTC di sini, hari ini.

Daripada segi Negeri, bilangan ahli teramai diterajui oleh:

  1. Negeri Sabah – 583,979 ahli, diikuti
  2. Johor – 451,778 ahli dan

iii. Selangor – 421,899 ahli

  1. Kedah – 300,589 ahli

Yang penting, selain ahli mesti ramai, negeri juga kita yang memerintah.

Bahagian yang mencatat bilangan ahli tertinggi ialah:

  1. Lahad Datu, Sabah – 46,570, ahli diikuti
  2. Semporna, Sabah – 40,296 ahli

iii. Libaran, Sabah – 38,131 ahli

  1. Gombak, Selangor – 37,851 ahli
  2. Baling, Kedah – 37,512 ahli

Yang penting, bahagian perlu ramai ahli. Terpenting juga di bahagian itu, pemimpin UMNO yang menang menjadi Ahli Parlimen. Kita akan bertanding banyak kerusi, Insya-Allah kita juga akan menang banyak kerusi.

Sementara keahlian cawangan teramai didahului oleh:

  1. Kampung Batu Putih Darat, Libaran – 2, 779 ahli diikuti
  2. Kampung Tinosa Jaya, Libaran – 2,368 ahli

iii. Felda Air Tawar 2, Kota Tinggi – 1,432 ahli

  1. Felda Pemanis (1), Sekijang– 1,307 ahli

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru