PENHA: Seorang lelaki sanggup membahayakan nyawanya demi memastikan pemandu trak yang melanggar dia dan isterinya yang cuba melarikan diri dibawa ke muka pengadilan.

Pemandu trak tersebut melanggar motosikalnya dari belakang menyebabkan dia cedera dan meragut nyawa isterinya.

Insiden di bandar Penha, Brazil ini menyaksikan Anderson Antonio Pereira, 49, berpaut pada pintu trak tersebut sejauh 19 batu dalam usaha memaksa pemandu trak itu berhenti dan disabitkan kesalahannya.

Pada hari tersebut Anderson dan isterinya Sandra, 47, bersiar-siar menaiki motosikal yang baru dibeli dua bulan lalu.

Sebuah trak tiba-tiba melanggar mereka menyebabkan kedua-duanya terpelanting, manakala motosikal melekat di bawah trak terbabit.

Sandra meninggal di tempat kejadian, manakala Anderson cedera.

Di sebalik kesakitan itu dia menguatkan dirinya mengepung pemandu lori terbabit dan bertindak berpaut pada pintu trak meminta lelaki itu menghentikan traknya.

Pemandu itu bagaimanapun enggan berbuat demikian dan meneruskan perjalanannya sejauh 19 batu

Sebuah video dirakam pemandu lain menunjukkan Anderson berpaut pada pintu trak dan melihat situasi itu orang ramai bertindak memaksa pemandu itu menghentikan traknya.

Mayat Sandra diterbangkan dengan helikopter ke hospital berdekatan.

Menurut ARY News pemandu itu dibicarakan atas tuduhan membunuh.