PATNA: Seorang perompak di Bihar menggunakan wang hasil rompakan untuk membiayai majlis perkahwinan anaknya, menurut polis.

Sekumpulan lapan lelaki dikatakan merompak bank kerajaan di Nawada pada 4 Mac lalu dan melarikan 1.4 juta rupee (RM79,631).

Wang tersebut dibahagikan sama rata.

Menurut polis, mereka sudah menangkap kumpulan perompak itu, tetapi masih belum mendapatkan semula wang rompakan.

Menurut Gulf News, hasil siasatan polis juga mendapati salah seorang perompak menggunakan wang rompakan terbabit untuk membiayai majlis perkahwinan anak perempuannya.