Jumlah keseluruhan penularan jangkitan Covid-19 di seluruh dunia kini mencecah angka lebih 126.68 juta. Ya, dunia terus menangis dan menderita.

Jumlah kematian keseluruhan sudah mencecah  2.77 juta manakala lebih 102.14 juta telah sembuh.

Data  Worldometers setakat pagi Jumaat menunjukkan angka kes positif kini meningkat kepada 126,680.669.

Amerika Syarikat kekal negara paling terjejas dengan lebih 30.85 juta   ke termasuk 76,844 kes terbaharu.

Jumlah kematian di negara itu ialah 561,139  termasuk 1,216 kematian terbaharu  sekali gus meletakkannya tertinggi dari segi kes jangkitan dan kematian.

Angka itu diikuti Brazil sebanyak   12,407,323  kes termasuk lebih 82,000 kes terbaharu dengan  307,326  kematian termasuk 3,600  kes terbaharu, manakala India lebih 11.90  juta kes dengan  161,275  kematian.

Rusia, United Kingdom dan Perancis  pula masing-masing mencatatkan kes melebihi empat juta manakala Itali dan Sepanyol  melebihi tiga juta.

Rusia berada di tangga keempat dunia dengan 4.51 cjuta kes, UK  lebih 4.32  juta kes dan Perancis lebih 4.46  juta kes.