KAHERAH: Sekurang-kurangnya 32 orang terkorban dan 165 lainnya luka-luka ketika dalam kemalangan kereta api di Mesir tengah pada Jumaat. Kecelakaan tersebut melibatkan dua kereta yang melaju ke arah yang sama.

Menurut Reuters, pihak berkuasa  kereta api Mesir mengatakan, ada orang tidak dikenal yang memicu  brek kecemasan di salah sebuah kereta, menyebabkannya berhenti.

Kereta kedua, yang bergerak ke arah yang sama, langsung bertembung dengan kereta pertama yang berhenti dari belakang, lapornya.

Sejumlah foto yang beredar menunjukkan, beberapa gerabak kereta tergelincir keluar dari landasan, beberapa di antaranya rosak teruk.

Beberapa korban cedera perlu diterbangkan ke ibu kota Mesir, Kaherah untuk rawatan.

Kerajaan mengarahkan  dijalankan siasatan punca kecelakaan kereta tersebut.

Media tempatan melaporkan kereta api terbabit tergelincir di atas saluran air.

Jurucakap Kementerian Kesihatan Mesir, Khaled Megahed berkata, sebanyak 36 buah ambulans dikejarkan ke lokasi kejadian yang berlaku di daerah Tahta, wilayah Sohag iaitu kira-kira 460 kilometer dari ibu negara Mesir.

“Seramai 32 mangsa disahkan terkorban dan 66 cedera. Kesemua mangsa telah dihantar ke hospital,” katanya dalam satu kenyataan.

Pada tahun 2002, 373 orang terkorban ketika kereta api yang sesak di selatan Kaherah meletup, dan sejak itu banyak kemalangan maut terjadi.