VADAKARA: Melalui satu rakaman CCTV, lelaki yang dikenali sebagai Binu dilihat terhoyong-hayang di tepi balkoni di sebuah bank di Vadakara, selatan India.

Selang tidak lama kemudian dia menyandar di tembok belakang sebelum hampir terjatuh. Ketika itu lelaki yang berdiri di sebelahnya dengan pantas memegang kakinya bagi mengelaknya terus terjatuh.

Video itu tular di media sosial dan tindakan lelaki tersebut yang secara spontan dan pantas menyelamatkan Binu, mendapat pujian netizen.

Selepas lelaki itu berjaya menariknya ke atas, orang ramai juga bergegas cuba membantu.

Menurut Ary news, ketika kejadian Binu mengunjungi bank tersebut untuk mengambil wang pencennya.