Jumlah keseluruhan penularan jangkitan Covid-19 di seluruh dunia kini mencecah angka lebih 125.41 juta. Ya, dunia terus menangis dan menderita.

Jumlah kematian keseluruhan sudah mencecah  2.75 juta manakala lebih 101.28 juta telah sembuh.

Data  Worldometers setakat pagi Khamis menunjukkan angka kes positif kini meningkat kepada 125, 415, 873  kes dengan Amerika Syarikat kekal negara paling terjejas dengan lebih 30.70 juta   kes.

Jumlah kematian di negara itu ialah 558,422  termasuk 1,405 kematian terbaharu  sekali gus meletakkannya tertinggi dari segi kes jangkitan dan kematian.

Angka itu diikuti Brazil sebanyak   12,227,179  kes termasuk lebih 90,000 kes terbaharu dengan  301,087  kematian termasuk 2,244  kes terbaharu, manakala India lebih 11.78 juta kes dengan  160,726 kematian.

Rusia, United Kingdom dan Perancis  pula masing-masing mencatatkan kes melebihi empat juta manakala Itali dan Sepanyol  melebihi tiga juta.

Rusia berada di tangga keempat dunia dengan 4.48 juta kes, UK 4.31  juta kes dan Perancis 4.37  juta kes