MEXICO: Seorang perompak mengalami saat memalukan apabila lehernya terperangkap di pagar rumah yang dirancang untuk dirompaknya tetapi akhirnya dia terpaksa diselamatkan polis.

Insiden berlaku di Mexico dan lebih mengaibkan perompak terbabit, seluruh episod itu dirakam secara langsung.

Perompak itu dikatakan terperangkap pada besi itu ketika cuba menyelinap masuk.

Menurut saksi, pasukan penyelamat mengambil masa lebih dua jam datang ke tempat kejadian.

Insiden itu disedari apabila penduduk di kejiranan itu melihat perompak itu berusaha mengeluarkan dirinya dari celah pagar besi itu dan menghubungi polis.

Mereka kemudian merakam aksinya yang terperangkap di situ dan ramai yang cuba membantunya tetapi tidak berjaya.

Polis menggunakan peralatan memotong besi untuk mengeluarkannya.

Menurut Gulf News selepas berjaya diselamatkan, lelaki itu teru digari dan dibawa ke balai polis.