Thursday, December 9, 2021

35,913 telah terima suntikan  pertama di Sarawak

Secara Rawak

KUCHING: Sebanyak 35,913 individu di Sarawak telah menerima dos pertama vaksin setakat  22 Mac di bawah Program Vaksinasi Ciovide019 Kebangsaan.

Bagi dos kedua pula, sekali gus melengkapkan suntikan berkenaan, sebanyak 9,537 telah menerima suntikan, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba.

Dengan itu, Sarawak merekodkan angka tertinggi yang melengkapkan kedua-dua suntikan vaksin berkenaan.

Beliau menyatakan demikian  dalam satu infografik yang dikongsikan di laman Twitter rasminya.

Jelasnya, tiga negeri mencatat jumlah tertinggi individu yang telah menerima dos pertama vaksin tersebut iaitu Selangor (55,763), Perak (49,053) dan Sabah (40,842).

Ini diikuti Kuala Lumpur (36,616), Sarawak (35,913), Pahang (33,257), Johor (30,868,), Pulau Pinang (29,568), Kedah (26,287), Kelantan (19,716), Terengganu (19,090), Negeri Sembilan (17,884), Melaka (10,727), Perlis (9,526), Putrajaya (4,605) dan Labuan (2,343).

Bagi individu yang telah melengkapkan kedua-dua suntikan vaksin berkenaan pula, tiga negeri mencatatkan jumlah tertinggi iaitu Sarawak (9,537), Pahang (3,677) dan Kuala Lumpur (2,722).

Diikuti Johor (2,609), Perak (2,363), Kedah (1,896), Kelantan (1,879) Sabah (1,167), Selangor (1,017), Labuan (911), Pulau Pinang (721), Negeri Sembilan (530), Putrajaya (519), Perlis (504), Terengganu (442) dan Melaka (367).

Kerajaan Negeri sebelum ini mengumumkan akan menyasarkan sekurang-kurangnya 2.2 juta orang di Sarawak diberi vaksin bawah program vaksinasi tiga fasa, yang telah dilancarkan di Kuching pada 27 Feb.

Timbalan Ketua Menteri  Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, Kerajaan Sarawak tidak akan memaksa semua orang untuk menerima vaksin Covid-19 kerana ia terpulang kepada individu.

Katanya,  vaksin hanya akan diberikan kepada mereka yang menginginkannya.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru