Jumlah keseluruhan penularan jangkitan Covid-19 di seluruh dunia kini mencecah angka lebih 124.78 juta.
Jumlah kematian keseluruhan sudah mencecah 2.734 juta manakala lebih 100.82 juta telah sembuh.
Data Worldometers setakat pagi Rabu menunjukkan angka kes positif kini meningkat kepada 124, 789, 601 kes dengan Amerika Syarikat kekal negara paling terjejas dengan lebih 30.63 juta kes.
Jumlah kematian di negara itu ialah 556, 883 termasuk 936 kematian terbaharu sekali gus meletakkannya tertinggi dari segi kes jangkitan dan kematian.
Angka itu diikuti Brazil sebanyak 12,136,615 kes termasuk 84,996 kes terbaharu dengan 298,843 kematian termasuk 3,158 kes terbaharu, manakala India lebih 11.73 juta kes dengan 160,477 kematian.
Rusia, United Kingdom dan Perancis pula masing-masing mencatatkan kes melebihi empat juta manakala Itali dan Sepanyol melebihi tiga juta.
Rusia berada di tangga keempat dunia dengan 4.47 juta kes, UK 4.30 juta kes dan Perancis 4.31 juta kes.