Jumlah keseluruhan penularan jangkitan Covid-19 di seluruh dunia kini mencecah angka lebih 124.28 juta.

Jumlah kematian keseluruhan sudah mencecah  2.73  juta manakala lebih 100.25 juta telah sembuh.

Data  Worldometers setakat pagi Selasa menunjukkan angka kes positif kini meningkat kepada 124,287,565 dengan Amerika Syarikat kekal negara paling terjejas dengan lebih 30.57 juta   kes.

Jumlah kematian di negara itu ialah 555,944 termasuk 635 kematian terbaharu  sekali gus meletakkannya tertinggi dari segi kes jangkitan dan kematian.

Angka itu diikuti Brazil sebanyak   12,051,619 kes termasuk 53,386 kes terbaharu dengan  295,685   kematian termasuk 1,570 kes terbaharu, manakala India lebih 11.68  juta kes dengan  160,200 kematian.

Rusia, United Kingdom dan Perancis  pula masing-masing mencatatkan kes melebihi empat juta manakala Itali dan Sepanyol  melebihi tiga juta.

Rusia berada di tangga keempat dunia dengan 4.46 juta kes, Uk 4.30  juta kes dan Perancis 4.29 juta kes.