PADAWAN: Lelaki disyaki dalang kes rompakan bersenjata seorang wanita di Batu Kawa pada Ahad berjaya diberkas polis, semalam.

Suspek dikesan berseorangan sekitar jam 6.10 petang di tepi jalan persisir bandar baru Batu Kawa oleh Jabatan Siasatan Jenayah IPD Padawan.

Menyedari kehadiran polis suspek bertindak melarikan diri menyebabkan berlaku kejar-mengejar antara mereka dalam jarak 200 meter.

Timbalan Ketua Polis Daerah Polis Daerah Padawan Deputi Superintendan Lim Jaw Shyong berkata, suspek berusia 45 tahun itu bagaimanapun berjaya ditahan dan kini ditahan reman hingga 25 March ini untuk tindakan lanjut.

“Hasil soal siasat suspek mengaku pergi ke lokasi kejadian untuk tujuan mencuri kereta.

“Gerakan mengesan rakan suspek dan barang kes masih dipergiatkan lagi. Ketika ditahan tiada rampasan dilakukan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.