JAKARTA: Duta Besar United Kingdom ke Indonesia dan Timor Leste, Owen Jenkins menzahirkan rasa simpati kerana pasukan badminton Indonesia  tidak dapat bertanding di  All England 2021.

“Saya sangat sedih atas kejadian yang sangat disayangkan ini, yang telah menyebabkan pasukan badminton Indonesia gagal mengikuti turnamen All England,” kataJenkins dalam kenyataan rasmi Kedutaan Besar UK itu. “Saya dapatv merasakan kekecewaan para penggemar badminton di Indonesia. Terutama kekecewaan para atlet yang telah bekerja sangat keras untuk mencapai puncak prestasi mereka,” katanya lagi.

Beliau  berharap semua pihak dapat memahami bahawa tidak ada tindakan ataupun perlakuan diskriminasi yang terjadi.

Menurutnya, semua orang yang berkunjung ke United Kingdom harus mengikuti aturan yang dikuatkuasakan bagi melindungi kesihatan sesama pengunjung, dan masyarakat yang lebih luas di UK.

“Insiden ini adalah sebuah kecelakaan murni, pasukan badminton Indonesia dan para penumpang lain, termasuk seorang pemain badminton Turki, tiba di Uk dengan pesawat yang membawa seseorang yang kemudian didapati positif Covid-19,” jelasnya.