Saturday, October 23, 2021

Dua kematian, 140 kes baharu di Sarawak

Mesti baca

KUCHING: Dua lagi kes kematian akibat Covid-19, manakala 140 kes positif baharu dikesan di Sarawak, hari ini.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) berkata, in menjadikan jumlah kematian meningkat kepada 99 kes, sementara kes positif berjumlah 14,514.

“Kematian ke-98 melibatkan lelaki berumur 71 tahun yang mendapatkan rawatan kecemasan di Hospital Sibu kerana mengalami pendarahan gastrointestinal dan saringan mendapati kes positif Covid-19.
“Kes disahkan meninggal dunia pada 22 Mac serta mempunyai ko-morbid kanser perut, strok dan artrial fibrilasi.

“Sementara kematian kedua merupakan warga emas wanita berusia 69 tahun yang didapati tidak sedarkan diri, pasukan kecemasan yang datang ke rumah kes mengesahkannya meninggal dunia di rumah kediaman pada 18 Mac.

“Mayat kes kemudian dibawa ke Hospital Sibu untuk siasatan lanjut, keputusan saringan pada 20 Mac mendapati kes positif,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengenai pecahan kes positif hari ini, JPBNS menyatakan 52 daripadanya dikesan di Daerah Miri, Sibu (36), Bintulu (27), Samarahan (5), Kapit (3), Sarikei (3), Julau (3), Kuching (2), Mukah (2), Limbang (2), Betong (2), Bau (1), Bukit Mabong (1) dan Meradong (1).

“Bagi kes sembuh, hari ini terdapat 192 kes telah pulih dan dibenarkan discaj, menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 11,797 orang atau 81.28 peratus dari jumlah keseluruhan kes Covid-19 di Sarawak.

“Manakala, 140 orang yang disyaki (PUI) baharu dilaporkan dan tiada yang menunggu keputusan ujian makmal,” tambah JPBNS.

Secara Rawak

Artikel Terbaru