Thursday, December 9, 2021

3 kluster tamat, 31 masih aktif di Sarawak

Secara Rawak

KUCHING: Tiga kluster diisytiharkan tamat di Sarawak hari ini selepas tidak mencatatkan pertambahan kes positif Covid-19 dalam tempoh 28 hari, kata Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS).

Menurut JPBNS, kluster berkenaan adalah Kluster Nanga Lijan, Julau; Kluster Univista, Samarahan dan Kluster Kidurong Dua, Bintulu.

“Sementara itu, sejumlah 31 kluster masih aktif di negeri dengan dengan sembilan kluster melaporkan pertambahan kes, manakala 22 kluster lagi tiada kes baharu,” kata JPBNS dalam kenyataan hari ini.

Mengenai status daerah, JPBNS menyatakan Daerah Asajaya kembali ke status hijau hari ini selepas tiada kes baharu dilaporkan dalam tempoh 14 hari.

“Ini menjadikan jumlah daerah berstatus hjau meningkat kepada 11.

“Manakala Subis bertukar daripada merah kepada status jingga setelah merekodkan sebanyak 29 kes jangkitan tempatan,” jelas JPBNS.

Tambah JPBNS, 12 daerah lagi kekal berstatus merah dan 15 daerah kekal berstatus kuning.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru