Thursday, December 9, 2021

Surau Darul Furqan di Stakan siap sepenuhnya

Secara Rawak

STAKAN: Ahli Dewan Undangan Negeri Stakan, Datuk Amar Mohammad Ali Mahmud baru-baru ini telah melawat ke Projek Bina Baru Surau Darul Furqan (Skim Penempatan Baru Kampung Binyuk) yang telah siap sepenuhnya.

Projek yang menelan kos sebanyak RM500,000 itu merupakan Peruntukan Khas 2019, kerajaan Sarawak.

Semasa lawatan, beliau telah diberikan perincian berkenaan penambahbaikan surau tersebut oleh Ketua Kaum Kampung Binyuk, Zambri Muhi dan pihak Ahli Jawatankuasa (AJK) Surau.

Hadir sama, Pegawai Daerah Asajaya,Rais Ahmat dan Ketua Kaum Kampung Binyuk,Zambri Muhi.

SourceUKAS

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru