Saturday, October 23, 2021

Buaya di Sungai Dalat akhirnya tumpas pagi tadi

Mesti baca

DALAT: Operasi memburu pemangsa Sungai Dalat akhirnya berhasil apabila tumpasnya buaya dewasa berukuran 4.5 meter, Batang Oya pagi ini.

Operasi bersepadu itu dilakukan oleh Sarawak Forestry Corporation (SFC) dengan kerjasama Ibu Pejabat Polis (IPD) Dalat sejak 10 hari lalu.

Jurucakap SFC memberitahu, operasi disertai seramai enam orang anggota SFC dan tiga anggota Polis DiRaja Malaysia (PDRM) menggunakan bot mengikut keadaan air pasang surut.

“Malah, Ketua Polis Daerah Dalat sendiri juga menyertai operasi sambil melakukan pemantauan bagaimana operasi dijalankan. Anggota SFC dan PDRM terlibat bertugas dalam keadaan cuaca panas terik dan juga cuaca hujan hampir setiap hari.

“Selain itu, kita juga mengadakan rondaan menggunakan bot pada waktu malam untuk meninjau kehadiran buaya. Ini kerana buaya akan lebih mudah dikesan kerana aktif pada masa itu,” katanya.

Menurutnya, spesies yang berjaya ditangkap itu dipercayai jenis buaya muara yang berukuran lebih empat meter.

“Buaya dewasa sebesar ini mampu mengancam nyawa manusia jika berada di kawasan habitatnya.

“Operasi dijangka diteruskan sehingga 25 Mac namun bergantung kepada matlamatnya. Buaya yang membaham seorang nelayan sungai Oya baru-baru ini dikatakan lebih besar saiznya,” katanya.

Secara Rawak

Artikel Terbaru