UTTAR PRADESH: Dalam kes agak luar biasa, warga Shamli di Uttar Pradesh mendakwa kerbaunya dicuri kira-kira enam bulan lalu dan meminta supaya haiwan itu menjalani ujian DNA sebagai bukti miliknya.

Chandrapal Singh memberitahu dia membuat laporan di balai polis tentang kehilangan lembunya bernama ‘Guddu’ kira-kira enam bulan lalu.

Polis bagaimanapun tidak mendaftar kehilangannya sebagai satu jenayah.

Singh kemudiannya berusaha sendiri mencarinya dan menemui Guddu di dalam sebuah kandang di Saharanpur.

Namun, polis gagal mengenal pasti kerbaunya dan tidak dapat memulangnya kepada Singh.

Berikutan itu Singh menulis surat kepada Ketua Polis Shamli, Sukirti Madhav menuntut agar Guddu dan seekor lagi kerbau miliknya yang didakwanya ibu Guddu menjalani ujian DNA bagi memastikan kerbau itu miliknya.

Menurut Gulf news, dalam suratnya, dia juga mengadu polis tidak memberinya sebarang maklumat lanjut berkaitan Guddu dan terpaksa berusaha sendiri mencarinya.