LEGAS VEGAS: Seorang wanita meneliti rakaman kamera yang dipasangnya di tepi katil, menerima kejutan selepas melihat kelibat sesuatu berdiri selang beberapa inci daripada cucunya itu.

Tory McKenzie, nenek dari Las Vegas memasang kamera yang merakam pergerakan di rumah anak lelakinya selepas mengetahui cucu perempuannya Amber “bercakap”dengan entiti yang tidak kelihatan.

Menurut Ary news, kamera itu merakam semua aktiviti di bilik tersebut dan tiada sebarang perkara pelik berlaku.

Namun selang beberapa hari kemudian, semasa meneliti rakaman tersebut sekali lagi, dia terkejut melihat kelibat “sesuatu” berdiri di tepi katil Amber.

McKenzie memuat naik foto tersebut ke Facebook dan sekumpulan penyiasat paranormal berminat menyiasat lanjut hal ittu.

“Saya amat terkejut melihatnya. Perkara pertama yang saya lihat ialah tanduk di kepalanya, dan beranggapan ia syaitan atau iblis,” katanya.

Pada mulanya kami menyangka ia salah seorang ahli keluarga kami yang menjaga Amber.

“Foto itu amat menyeramkan dan cucu saya yang lain takut melihatnya.”

“Tiada siapa tahu atau dapat menjelaskan entiti tersebut,”tambahnya.

Reaksi mereka berbeza dengan cucunya Amber yang nampak bersahaja melihat foto tersebut, malah dia memberitahu neneknya, entiti itu ialah kawannya.

Netizen yang melihat foto tersebut juga memberi plebagai reaksi dan ramai yang menasihatkan supaya keluarga itu berpindah dari rumah tersebut secepat mungkin.