MANCHESTER: Lelaki yang enggan memakai pelitup muka dan mabuk di dalam pesawat ditahan polis sebaik sahaja pesawat itu mendarat di Manchester.

Adrian Front, 30, menaiki pesawat RyanAir dan dan minum arak di dalam pesawat itu sehingga mabuk.

Krew memintanya memakai pelitup muka, tetapi dia enggan memasangnya menyebabkan krew pesawat sibuk melayan kerenahnya.

Adrian warga Poland dan menetap di Hull England, dikatakan baru pulang ke Krakow melawat anaknya.

Menurut Okezone News sebaik sahaja memasuki pesawat dia minum arak dengan harapan dapat melupakan kesedihannya yang terpaksa berjauhan dengan keluarga.

Krew pesawat menghubungi polis sebaik pesawat mendarat dan ketika di arah keluar.

Adrian memarahi krew yang memintanya untuk kali ke-40 supaya memakai pelitup muka.

Dia dihadapkan dimahkamah dan di jatuhkan hukuman penjara enam bulan, diarah melakukan khidmat masyarakat dan didenda 500 paun sterling (RM2,848).