Tuesday, May 11, 2021

Sarawak tingkat kapasiti saringan di depot tahanan

Mesti baca

KUCHING: Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (JKNS) akan meningkatkan kapasiti saringan di pusat depot tahanan dan penjara susulan daripada 99 kes positif Covid-19 dikesan di depot Tahanan Imigresen Semuja, Serian, semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, Sarawak mempunyai dua depot tahanan imigresen dengan jumlah tahanan seramai 984 orang.

“Depot Imigresen Semuja, Serian mempunyai 463 tahanan dan 521 tahanan di Depot Imigresen Bekenu, Miri.

“Sememangnya ini menjadi kekhuatiran kita kerana ia adalah kawasan sesak dan apabila Covid-19 merebak, kita dapat lihat apa yang berlaku pada tahanan di Semuja pada hari ini,” katanya ketika sidang media harian Covid-19 di sini, semalam.

Sementara itu, Uggah yang juga Timbalan Ketua Menteri memberitahu, Sarawak mempunyai enam buah penjara yang menempatkan seramai 3,460 banduan yang terdiri daripada 3,268 lelaki dan 192 wanita.

“Daripada jumlah itu, seramai 1,210 banduan di Penjara Puncak Borneo Kuching, Penjara Pusat Sri Aman (407), Penjara Pusat Sibu (559), Pusat Koreksional Bintulu (290), Penjara Pusat Miri (566) dan Penjara Limbang (428).

“Justeru, kita perlu berhati-hati dan JKNS akan membuat saringan di kawasan itu untuk mengetahui tiada kes berlaku di kawasan berdekatan,” jelasnya.

Secara Rawak

Artikel Terbaru