ACHEH: Sudah 17 tahun tsunami Acheh berlalu, anggota polis Baharaka Zainal Abidin atau dikenali sebagai Asep, asal Lampung bertugas di Acheh hilang dan dipercayai terkorban dalam tragedi 2004 yang membunuh lebih 200,000 jiwa itu.

Kini, mengejutkan, Asep yang disangka sudah tiada, didakwa ditemui selamat di Hospital Sakit Jiwa Zainal Abidin, Banda Aceh.

Memetik Kompas, anggota polis Acheh, Bripka Indra S merakam pertemuan dengan Asep pada Rabu di laman sosial, setelah menerima maklumat awal daripada orang ramai.

Bagaimanapun, Indra memaklumkan Asep tampak bingung dikatakan mengalami masalah mental dan menerima rawatan di hosiptal itu sejak 2009.

Ketua Perhubungan Masyarakat Polis Aceh, Kombes Winardy, mengesahkan pihaknya menerima maklumat terbabit dan melakukan proses pengecaman.

Laporan menyebut, kesahihan sosok Asep belum disahkan kerana perlu menjalani ujian asid deoksiribonukleik (DNA) bagi mengetahui kebenarannya.