Thursday, December 9, 2021

Dr Sim: Jangan ragui vaksin COVID-19 yang diberikan

Secara Rawak

KOTA SAMARAHAN: Rakyat di negeri ini dinasihatkan agar tidak sangsi dan was-was dengan jenis vaksin COVID-19 yang akan diterima kelak.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Dato Sri Dr Sim Kui Hian berkata, vaksin yang dihantar ke negara ini telah mendapat kelulusan daripada Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO).

“Kita tahu orang ramai mempersoalkan mana satu vaksin yang lebih baik dan sebaliknya.

“Semua vaksin yang diterima adalah hasil kajian dan mendapat standard daripada WHO yang berkesan sehingga lebih 50 peratus.

“Jangan lepaskan peluang mendapatkan vaksin. Sekurang-kurangnya kita mendapat pelindungan (daripada vaksin),” katanya kepada media.

Beliau berkata demikian semasa mengadakan lawatan kerja ke Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Chung Hua Bako, pada Jumaat.

Dalam pada itu, tambahnya, Sarawak berdepan dengan tiga faktor utama dalam melancarkan program vaksinasi.

“Pertama adalah faktor akses di mana kita memerlukan dos vaksin yang mencukupi berikutan terdapat banyak kes berlaku dilaporkan kebelakangan ini selain Sarawak juga mempunyai penempatan yang banyak terutamanya rumah panjang.

“Penerimaan orang ramai merupakan faktor kedua untuk mendapatkan sekurang-kurangnya 70 peratus rakyat menerima vaksin.

“Angka ini memberi cabaran kepada kita dan setakat ini kira-kira 1.2 juta telah mendaftar dan 2.2 juta lagi diharap mendaftar atau sukarela menerima vaksin.

“Manakala yang ketiga adalah berkenaan sumber tenaga kerana kita memerlukan banyak tenaga kerja untuk memastikan vaksin yang telah diterima diberikan kepada rakyat sama ada di bandar atau di pedalaman,” tambahnya.

SourceUKAS

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru