Monday, August 2, 2021

Dipaksa tarik diri All England:  Indonesia terus tuntut penjelasan

Mesti baca

JAKARTA: Indonesia terus menuntut penjelasan setelah pasukan badminton  negara itu  dipaksa menarik diri dalam All England pada Khamis.

Berbagai-bagai langkah diambil  oleh KBRI London, termasuk pengajuan sejumlah alternatif yang mungkin dilakukan untuk meluruskan isu diskriminasi dan perlakuan tidak adil yang dipercayai dilakukan oleh pihak penganjur kepada pasukan  Indonesia.

“Kalau memang angka positif dialami oleh atlet atau pegawai cukup besar atau banyak ya hentikan saja All England 2021” kata Duta Besar  Indonesia  di London, Desra Percaya seperti dipetik Kompas.

Menurut beliau, adalah lebih penting untuk menjaga kesihatan dan keselamatan seluruh atlet dunia dan juga atlet Indonesia.

Pada Selasa lima  orang pemain Indonesia sudah terbabit dalam pertandingan.

Desra Percaya menyatakan bahawa pasukan Indonesia yang berangkat ke Birmingham sudah menjalani seluruh prosedur yang ditentukan penganjur.

PCR dan protokol kesihatan secara tertib dijalankan. “Hasil protokol negatif dan juga telah melakukan vaksinasi di Indonesia. Bahkan ketika sampai di Birmingham pun sudah melakukan PCR kembali dan hasilnya negatif,” jelasnya. Beliau berjanji menyampaikan peringatan yang sangat keras kepada pihak penganjur berkenaan.

“Saya sampaikan saya tidak mahu isu ini menjadi hambatan dalam pengembangan hubungan bilateral yang lebih baik antara Indonesia dengan Inggeris,” tegasnya.

Secara Rawak

Artikel Terbaru