Saturday, October 23, 2021

Ziarahi tanah kubur Qing Ming Jie dibenarkan di Sarawak

Mesti baca

KUCHING: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) semalam memutuskan untuk membenarkan upacara bagi menziarahi tanah perkuburan Qing Ming Jie.

Menurut JPBNS, arahan ini berkuat kuasa 20 Mac hingga 14 April dari jam 4 pagi hingga 12 tengah hari.

“Garis panduan (SOP) terperinci boleh didapati di laman web Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR),” katanya dalam kenyataan, semalam.

Manakala mengenai status pendaftaran program vaksinasi di Sarawak, JPBNS berkata sejumlah 1,223,080 individu telah mendaftar setakat jam 8 pagi semalam.

Katanya daripada jumlah itu, seramai 788,012 individu mendaftar melalui pejabat Residen Bahagian dan seramai 435,068 individu mendaftar melalui aplikasi MySejahtera.

Secara Rawak

Artikel Terbaru