Tuesday, May 11, 2021

Vaksin Covid: 1.22 juta sudah daftar diri di Sarawak

Mesti baca

KUCHING: Kerajaan Sarawak berharap dapat menyelesaikan program vaksinasi menjelang Ogos tahun ini, mendahului sasaran Kerajaan Persekutuan yang pada awalnya menetapkan suku pertama tahun depan kepada suku akhir tahun ini.

Impian itu dapat menjadi kenyataan memandangkan setakat 8 pagi ini, 1,223,080 individu telah mendaftarkan diri untuk program imunisasi di seluruh negara.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri  Sarawak (JPBNS)  hari ini menjelaskan daripada jumlah itu, sebanyak 788,012 individu telah mendftarkan diri dengan Pejabat Residen Bahagian, dan 435,068 lagi melalui aplikasi MySejahtera.

Program itu bermula 26 Feb lalu. Antara yang terawal disuntik dengan vaksin Pfizer-BioNTech ialah Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

Antara langkah pragmatik Kerajaan Sarawak untuk mempercepatkan usaha tersebut sehingga mencapai tahap kekebalan komuniti adalah dengan  membeli sendiri vaksin Covid-19.

Dengan adanya vaksin itu nanti, menurut Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Dr Sim Kui Hian, akan membolehkan Sarawak memberi vaksin kepada ramai penduduk di negeri ini.

“Kita selesaikan secepat mungkin mengikut sasaran menjelang Ogos nanti,” katanya. Sehingga semalam, terdapat 13,10 kes direkodkan di Sarawak, termasuk 225 kes baharu.

Dalam beberapa minggu terakhir jumlah kes di negeri ini berlegar sekitar 200 kes.

Secara Rawak

Artikel Terbaru