Tuesday, May 11, 2021

Tiada wang, suami simpan jenazah isteri di bilik tidur

Mesti baca

MOJOKERTO: Suami menyimpan jenazah isterinya di bilik tidur, di Kota Mojokerto kerana dia tidak mampu membiayai kos pengebumiannya.

Dedy menyimpan jasad isterinya, Indah Kusaeni di bilik tidur mereka selepas dia meninggal dunia pagi 14 Mac lepas.

Menurut Okezone.news, jenazah Indah dibawa ke hospital dan sekitar 1 petang dibawa kembali ke rumah mereka.

Biarpun sudah dimandikan dan dibalut kafan, namun mayatnya tidak segera dikebumikan oleh suami.

Selain tidak mempunyai wang menguruskan pengebumiannya, suami arwah juga dilaporkan sibuk mencari ambulans membawa jenazahnya ke tanah perkuburan.

Menurut jirannya, Damayanti, Dedy keluar rumah sekitar 2 petang, mencari lokasi perkuburan untuk pengebumian isterinya dan kembali ke rumah sekitar 9 malam.

Tidak lama kemudian, dia keluar lagi dari rumah, dan kali ini alasannya mencari ambulans membawa jenazah isterinya ke tanah perkuburan.

Damayanti memberitahu jenazah isterinya ditinggalkan bersendirian semalaman sehingga esok pagi.

Secara Rawak

Artikel Terbaru