Tuesday, May 11, 2021

Temui lebih 57 kulit ular di bumbung rumah

Mesti baca

GOLD COAST: Penangkap ular menemui lebih 57 kulit ular di bumbung rumah di Gold Coast, Australia baru-baru ini.

Penemuan itu mengejutkan penghuni rumah tersebut.

Menurut Ary news, Reid Newell, anggota Snake Catchers Brisbane and Gold Coast diminta memeriksa kediaman di Currumbin minggu lalu.

Setelah memanjat bumbung rumah, dia menganggarkan terdapat lebih 57 kulit ular di bumbung tersebut, tetapi tidak menemui ular hidup.

Dia memuat naik foto kulit ular itu ke Facebook Snake Catchers.

Menurut Newell lagi, kulit itu milik ular berbeza termasuk ular tedung dan ular pokok.

Ular hidup yang tinggal di bumbung tersebut mungkin melarikan diri selepas penghuni rumah tersebut melakukan kerja pembersihan di bumbung beberapa hari sebelumnya, kata Newell lagi.

Newell, memberitahu bumbung tempat paling selesa untuk ular mengatur badan mereka dan bersembunyi ketika mencerna makanan.

Secara Rawak

Artikel Terbaru