Tuesday, May 11, 2021

Sarawak rekod 303 kes positif hari ini

Mesti baca

KUCHING: Sarawak merekodkan 303 kes positif Covid-19 baharu hari ini dan satu kes kematian di Sibu, sekali gus menjadikan kes positif di negeri ini meningkat kepada 13,413 kes serta 95 kes kematian.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, daerah Serian merekodkan kes positif Covid-19 tertinggi dengan 101 kes baharu, diikuti oleh daerah Bintulu (57), Sibu (47), Miri (27), Meradong (13), Kapit (10), Julau (9), Kuching (8), Sarikei (8), Sri Aman (6), Tanjung Manis (5), Bukit Mabong (4), Sebauh (2), manakala satu kes masing-masing di Bau, Belaga, Kanowit, Samarahan, Selangau dan Subis.

“Daripada 303 kes baharu yang dilaporkan itu, seramai 15 orang telah menunjukkan tanda dan gejala jangkitan Covid-19 semasa saringan dijalankan.

“Seramai 277 orang terdiri daripada individu yang telah diberikan arahan perintah kuarantin di pusat kuarantin yang telah disediakan,” katanya semasa sidang media harian Covid-19 di Bangunan Dun Lama di sini, harui ini.

Menurut Uggah yang juga Timbalan Ketua Menteri, daripada 277 kes itu, ia terdiri daripada 276 orang yang merupakan individu yang telah dikenal pasti sebagai kontak rapat kepada kes positif Covid-19 dan seorang lagi adalah individu yang baru balik dari kawasan berisiko tinggi atau kes Import B.

Mengulas mengenai kes kematian ke-95 di Sarawak pada hari ini, Uggah menjelaskan ia merupakan kes positif ke-8,033 dam melibatkan seorang wanita rakyat Sarawak berumur 58 tahun.

“Kes mendapatkan rawatan di Hospital Sibu kerana mengalami gejala demam, batuk, kehilangan deria bau serta lemah badan dan saringan ujian rt-PCR yang dibuat adalah positif pada 21 Februari lalu.

“Keadaan kesihatan kes didapati merosot dan disahkan meninggal dunia pada 17 Mac. Bagaimanapun, kes ini tidak mempunyai ko-morbid,” jelasnya.

Secara Rawak

Artikel Terbaru