Saturday, October 23, 2021

Mungkin tidak ada lagi PKP di seluruh  negara, negeri

Mesti baca

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri berkata, kerajaan berkemungkinan tidak lagi perlu melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara menyeluruh merangkumi seluruh negara atau sesuatu negeri.

Menurut Tan Sri Muhyiddin Yassin, perkara itu mengambil kira pelaksanaan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan.

“Sebaliknya, kawalan pergerakan hanya dilaksanakan mengikut lokaliti dan secara tertumpu kepada kluster berkaitan sahaja,” katanya melalui perutusan disiarkan secara langsung pada Rabu.

PKP mula dikuatkuasakan  pada 18 Mac 2020 bagi membendung  penularan Covid-19 yang mulai dikesan di negara ini pada Februari.

Jelas beliau, kerajaan juga akan melaksanakan strategi kawalan penularan Covid-19 secara lebih bersasar dengan bersandarkan sains dan data untuk mengurangkan impak negatif terhadap aktiviti ekonomi.

Pada masa ini, PKP bersyarat (PKPB) dikuatkuasakan di Selangor, Johor, Pulau Pinang, Kelantan, Sarawak dan Kuala Lumpur.

Perlis, Perak, Negeri Sembilan, Pahang, Terengganu, Sabah, Labuan dan Putrajaya pula dikenakan PKP pemulihan (PKPP).

Secara Rawak

Artikel Terbaru