Tuesday, May 11, 2021

Minta 1 dapat 64 kad kredit

Mesti baca

Seorang lelaki terkejut selepas menerima 64 keping kad kredit dari sebuah bank baru-baru ini.

Dalam komennya di Reddit, lelaki yang dikenali sebagai Peter itu memberitahu memohon sekeping kad kredit, namun dia menerima 64 keping pula.

Menurutnya, kad-kad ini dihantar kepadanya berselang hari.

Peter memberitahu dia hairan mengapa kad tersebut begitu banyak diberikan kepadanya.

Dia turut memuat naik foto semua kad yang diterimanya itu.

Menurutnya dia menghubungi bank, dan pihak bank memberitahu agihan kad dilakukan oleh pihak lain dan bukannya bank tersebut.

Satu-satunya perbezaan dalam kad tersebut ialah tarikh luputnya.

Kad pertama tarikh luputnya ialah 12/24 dan kad terakhir luput pada 04/30.

Secara Rawak

Artikel Terbaru