Tuesday, May 11, 2021

Bazar, sekolah buka, Parlimen bila lagi?

Mesti baca

KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Ahmad Maslan menggesa agar kerajaan PN mengadakan persidangan Parlimen ketika bazar Ramadan, sekolah dan sektor ekonomi lain dibuka.

“Jika bazar Ramadan akan dibuka, sekolah sudah, ekonomi juga, tentulah tidak salah bertanya kenapa Parlimen belum dibuka,” katanya melalui ciapan di Twitter hari ini.

Ahmad berkata, usia ahli Parlimen tidak seharusnya menjadi alasan  kerajaan tidak memanggil sidang Dewan Rakyat kerana 120 wakil rakyat berusia di bawah 60 tahun.

Sebelum ini Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Takiyuddin Hassan dipetik berkata, daripada 220 ahli parlimen, 77 daripadanya berusia 61 hingga 69 tahun, 19 orang berusia 70 hingga 79 tahun dan empat lagi berusia 80 tahun ke atas.

“Ada 100 ahli Parlimen umur lebih 60 tahun. Namun ada 120 umur kurang 60 tahun. Korum sidang untku Dewan Rakyat hanya 26 ahli Parlimen, eloklah ia dibuka,” ciap Ahmad lagi.

“Saya ahli Parlimen yang sejak Januari 2021 meminta agar Parlimen dibuka. Saya antara ahli Parlimen yang paling kerap berbahas, bertanya dan beri cadangan-cadangan kepada kerajaan,” kata beliau lagi.

Secara Rawak

Artikel Terbaru