Thursday, December 9, 2021

Bapa rakus di Miri rogol anak sampai lahirkan anak

Secara Rawak

MIRI: Seorang lelaki ditahan polis selepas disyaki melakukan sumbang mahram sehingga anak kandungnya berusia 18 tahun hamil.

Ketua Polis Daerah Miri ACP Hakemal Hawari berkata, suspek, ditahan di sebuah rumah di Jalan Pujut 8, jam 12.40 tengah hari Selasa susulan laporan dibuat Pegawai Perubatan Hospital Miri.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati suspek mula melakukan perbuatan terkutuk terhadap mangsa sejak empat tahun lalu.

Menurut Hakemal, mangsa telah melahirkan bayi lelaki yang sihat pada hari Selasa (16 Mac) pagi di Hospital Miri sekitar jam 6.48 pagi.

Menurutnya, mangsa telah pergi ke hospital untuk melahirkan di sana, dan ketika petugas perubatan bertanya kepadanya tentang ayah bayi terbabit, mangsa telah mengaku kepada mereka bahawa ayah lelaki itu adalah bapa mangsa sendiri.

Bertindak atas laporan yang dibuat, polis menahan saspek di kediamannya.

Siasatan awal mendapati saspek telah bercerai dengan isterinya sejak 2012.

“Mangsa adalah anak kedua daripada lima beradik, dan mereka semua tinggal bersama saspek sejak ibubapa mereka berpisah,” kata Hakemal.

Kes disiasat di bawah Seksyen 376 B Kanun Keseksaan kerana sumbang mahram.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru