Sunday, December 5, 2021

30 di Sarawak diperdaya melalui love scam

Secara Rawak

KUCHING: Love scam antara jenis penipuan tertinggi direkodkan di Sarawak setakat ini yang telah menyaksikan 30 orang terpedaya.

Menurut Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Aidi Ismail dalam temu bual dengan Sarawak Voice baru-baru ini, kebanyakan penipuan love scam membabitkan warga asing.

Untuk rekod,  wanita kesunyian, berdepan masalah keluarga atau kematian suami yang meninggalkan harta menjadi sasaran mudah sindiket untuk mengaut keuntungan dengan menggunakan identiti palsu. Mereka sering terbuai oleh ayat-ayat cinta melalui love scam yang punya agenda hanya untuk mengaut wang dari bank individu terbabit.

Sementara itu Aidi menjelaskan setakat ini pihak polis menangkap 127 individu yang menjadi keldai akaun di negeri ini.

Keldai akaun ialah sindiket membabitkan individu yang membenarkan nama mereka digunakan untuk akaun bank bagi tujuan penipuan.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru